Latar Belakang
Saya telah terlibat dalam bidang ini sejak 11 tahun lalu. Asalnya saya menguruskan perniagaan keluarga seperti menjual kain, barang-barang perkahwinan, hantaran, aksesori pengantin dan lain-lain di Kuala Pilah.
Memandangkan dorongan keluarga dan kawan-kawan keinginan untuk membuka butik Andaman semakin mendalam. Saya mula membuka butik yang di beri nama R Bridal Persona pada Ogos 2005 yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Antara perkhidmatan yang disediakan di R Bridal Persona adalah meliputi pakej perkahwinan, pertunangan, solekan, fesyen pakaian pengantin yang eksklusif, pelamin, hiasan meja pengantin, gubahan hantaran dan sebagainya.
Kebanyakan fabric pakaian adalah dari Taiwan, Singapura, Indonesia, India dan lain-lain. Tidak terkecuali pakaian songket, songket bunga tabor, renda Perancis dan persalinan pakaian pengantin dari semua daerah terdapat di butik ini.
Dari segi harga, ia amat berpatutan dengan menawakan pakej perkahwinan berharga dari RM750 ke atas. Sebenarnya, harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada bajet pelanggan dan pakaian yang disediakan.
Kelas solekan pengantin turut disediakan kepada mereka yang berminat dengan dikenakan bayaran sebanyak RM1800 dalam tempoh 15 hari. Kelas ini diadakan 3 kali seminggu selama 3 jam sehari.
Keistimewaan R Bridal Persona
Butik ini mengutamakan prinsip memberi perkhidmatan yang baik dan memuaskan. Segala komen pelanggan di anggap sebagai satu cabaran untuk lebih maju dan melakukan yang terbaik. Sejak diasaskan R Bridal Persona sentiasa memberi yang terbaik dan menjadikan komen sebagai pemangkin untuk menjadi lebih baik lagi. R Bridal Persona juga menitikberatkan kepuasan pelanggan dalam setiap perkhidmatannya termasuklah dari segi rekaan pakaian, solekan, pelamin dan lain-lain lagi. Setakat ini pelanggan yang telah mendapat sentuhan dari butik ini adalah Kuala Pilah, Seremban, Port Dickson, Kuala Lumpur, Melaka dan lain-lain.
Perancangan
Pada masa akan datang, R Bridal Persona ingin meperluaskan lagi butik dengan menawarkan Pakej terbaru yang lebih memuaskan. Kami juga akan mengubah suai Hiasan Dalaman Kedai untuk mempamerkan lebih banyak Busana yang terkini.